BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 10, 2009

lawyer yg Islamic?




Peguam, bila dengar je kerjaya peguam orang mesti pandang serong. Ada yg kata peguam plg ramai masuk neraka, ada pulak yg kata peguam career yg plg bahaya, xkurang jugak yg kata peguam ni ramai penipu…
Sedih bila dengar orang kata mcm tu seolah2 teruk sangat career sebagai peguam dimata diorang… Bagi aku sape2 pun boleh masuk neraka, sape pun boleh jadi penipu. It depends on the person himself. Setiap kerjaya ada bahayanya dan setiap kerjaya blh heret seseorg tu keneraka… how? Juz imagine seorg guru masuk kekelas lalu suruh student wat kerja sendiri sambil beliau siapkan kerja beliau. Ingat x salah ke tu? Berdosa gak sbb guru tadi x menunaikan amanah yg diberi dan pd masa yg sama menafikan hak pelajar tadi untuk belajar kerana itu masa yg diperuntukkan utk belajar bukan duduk relax.kerja guru perlu dibuat waktu lain bkn dlm class waktu mengajar. So guru tadi jugak akan dipersoal di akhirat kelak. Contoh lain, seorang businessman yang terlibat dgn perniagaan besar, dlm proses mendapatkan keuntungan diorg sanggup lakukan apa saja, menipu, riba, jatuhkan lawan n mcm2. Semua tu psti dipersoal…Mungkin sbb byk kes2 peguam yg pecah amanah or tipu duit client so org terus wat conclusion mcm tu. Aku x nafikan peguam mmg terdedah dgn semua tu tapi x adil la kerana nila setitik rosak susu sebelanga…
Aku sokong peguam bkn sbb aku nk jadi peguam tapi sbb aku rasa aku perlu betulkan persepsi negative org terhadap kerjaya peguam… sebenarnya apa pentingnya peguam? Peguam fungsiny adalah membantu mahkamah dlm membuat keputusan terhadap sesuatu kes dgn cara membela clientnya. Peguam la yg akan mengemukakan segala bukti pd mahkamah bg membolehkan hakim membuat keputusan krn mustahil segala tugas pembuktian diletak pd hakim semata. kalau dilihat dari segi sejarah sahabat nabi SAW yg plg hebat dlm bidang kepeguaman ialah saidina Ali dimana terdapat byk kes saidina Ali menjadi pembela kepada pesalah ketika kes2 dihadapkan kepada Saidina Umar yg ketika itu ialah seorang hakim.
Antara contohnya ketika seorg wanita dtg kepada saidina Umar dan mengaku beliau telah berzina dan Saidina Umar hampir menjatuhkan hukuman sebat 100 kali kepada beliau dan Saidina Ali akhirnya menjadi ‘peguam’ wanita tersebut dan menyeledik punca wanita tersebut berzina dan puncanya ialah ketika itu waktu kebuluran dansukar mendapatkan air, wanita tadi telah merentas gurun utk mendapatkan air lalu dia betemu dgn seorg pemuda yg membawa segelas susu. Setelah dipujuk untuk mendapatkan susu tersebut lelaki tadi bersetuju dgn syarat wanita tadi haruslah berzina dgn nya terlebih dahulu. Lalu wanita tadi berzina dan berjaya meminum susu tersebut. Kerana hal itu saidina Umar membatalkan hukumannya yg pertama atas sbb wanita terbabit melakukannya atas sbb darurat.
Jadi kita blh lihat disini pentingnya seorg peguam dlm prosess mendapatkan keputusan yg adil… apapun halnya, setiap peguam didunia ini yg memegang title sorang muslim or muslimah perlulah barsifat dgn sifat yg digariskan oleh syariat dan semoga peguam, businessman, doctor, guru dan segala bentu career yang dipegang oleh seorg yg bergelar muslim mampu menjadi model kepada org bkn Islam… InsyaAllah…

0 comments: